Money and A Student's Life
Duittt duitt duittt. Kalau tanya seorang pelajar, memang boleh di katakan 90% daripada mereka akan berkata duit mereka tak cukup . Aku yang JPA holder pun rasa duit memang tak cukup. JPA cuma bagi duit cukup untuk makan dan minum. Benda yang yang perlu kau beli p lah tanya PAMA ataupun dalam kata lain pandai pandai lah fikir macam mana. PTPTN yang lagi sikit dari biasiswa lain lagi lah kesian. Dah la berhutang. Lepas tu duit tak cukup jugak. Kami pun bila dah dewasa, dah tak nak mintak duit dekat mak bapak lagi kan? :') Jadi apa yang perlu kita buat? BERJUANG LAH UNTUK MENCARI REZEKI . Memang tak dinafikan ramai sgt students yang cari duit. Tapi kekadang ada jugak yang tak tahu kat mana nak carik duit tu kan . So aku harap siapa yang baca post ni boleh tahu kat mana nak bekerja dan seumpama dengannya. 1) Penjaga Kiosk Kerja dalam UIA sahaja. Duduk layan pelanggan. Waktu lain, perlu kemas barang runcit. Kerja ikut masa awak. Paling ciput boleh dapat sebulan RM40...