Money and A Student's Life

Duittt duitt duittt.

Kalau tanya seorang pelajar, memang boleh di katakan 90% daripada mereka akan berkata duit mereka tak cukup  .

Aku yang JPA holder pun rasa duit memang tak cukup. JPA cuma bagi duit cukup untuk makan dan minum. Benda yang yang perlu kau beli p lah tanya PAMA ataupun dalam kata lain pandai pandai lah fikir macam mana.

PTPTN yang lagi sikit dari biasiswa lain lagi lah kesian. Dah la berhutang. Lepas tu duit tak cukup jugak. Kami pun bila dah dewasa, dah tak nak mintak duit dekat mak bapak lagi kan? :') Jadi apa yang perlu kita buat?

BERJUANG LAH UNTUK MENCARI REZEKI .

Memang tak dinafikan ramai sgt students yang cari duit. Tapi kekadang ada jugak yang tak tahu kat mana nak carik duit tu kan  . So aku harap siapa yang baca post ni boleh tahu kat mana nak bekerja dan seumpama dengannya.

1) Penjaga Kiosk

Kerja dalam UIA sahaja. Duduk layan pelanggan. Waktu lain, perlu kemas barang runcit. Kerja ikut masa awak. Paling ciput boleh dapat sebulan RM400 (ni dekat kiosk ruqayyah eh - kiosk lain gua tak tahu). Hehehe

2) SLEU

Kerja kat sleu berlambak. Ada tutor, ada coordinator dan macam macam lagi. Aku pernah jadi tutor kat SLEU selama setahun. Sejam mengajar aku dapat RM15, sebenarnya tak tinggi pun gaji sejam tu sebab kat luar dapat lagi banyak tapi sebab kerja ni memang flexible gila. Kau kena penuhi class ikut jam yang ditentukan, lebih 5 jam je sebulan and kau setting hari semua. So memang okay laahh buat belanja sikit sikit

3) Part-time administrative assistant

Kerja kat UIA jugak. Kerja ikut jam, perlu penuhi 80 jam dalam tempoh yang dia bagi. Kerja tak berat :') Kadang aku rasa aku lebih melepak dekat meeting room mahallah halimah tu. Hehehee.
Gaji pun okay lagi aku dapat RM430 gaji yang dah tolak KWSP.

4) Private Tutor

Kerja dalam UIA jugak. Hehehe. Kalau korang pandai, carik lah siapa siapa yang nak menimba ilmu dengan kau. Aku suka statistics. So itu bahagian kau kalau siapa siapa yang nak aku ajar, boleh sgt boleh.

Macam kawan aku haritu nak study stats, aku dpt RM100 untuk satu hari from 11 pagi sampai 4 petang.

Ada sister master tu dea bayar aku RM35 untuk sejam belajar stats.

Ada jugak sister UG dea bayar RM50 untuk dua jam belajar.

Memang duit rolling lah . Konklusinya, tak rugi belajar statistics hehehee

5) Research Assistant

Haritu aku nampak iklan kat IIUM ONLINE. GRA dibayar RM15 ringgit sejam. Masa bekerja pun flexible.
Aku tak pernah lagi jadi research assistant eheheee tapi memang tak dinafikan lah kerja ni untuk orang yang minat and nak tahu pasal research je.
So kalau berminat, saya sarankan pergi jumpa lecturer, sebab mungkin dorang perlukan RA untuk research dorang, seriously :)

6) Runner / Transporter

Aku baru je terjebak dalam business ni. Haha. Waktu first jadi runner, bos aku lelaki. Ya Allah setiap kali aku ingat kat dea memang aku panggil dea hitam legam --' Dea bayar aku jadi runner dea cuma dua ringgit sahaja . Aku bagithu suami aku dea pulak cakap sekarang mana ada orang bayar dua ringgit sekarang range dari 5 sampai 10 ringgit. So aku pun fikir orang tu nak untung je. So bila aku mintak lebih, dea memang tak nak. So baru dua hari kerja nan dea, dea amek kereta balik.. --' Tak heran lah dengan duit kau tu

Lepastu aku kerja dengan perempuan. Perempuan ni baik je. Dea bagi aku dua kereta. First, kelisa tu untuk disewa oleh warga UIA. aku dapat 5 ringgit untuk setiap customer :')
Selepas tu lagi satu kereta, viva aku buat service transporter :') Duit tu masuk lah pocket aku alhamdulillah sangat bukan sahaja aku dpt duit tapi dapat 'free transportation' nak pergi tuition ke apa. Hehee

7) Outside tutor

Yang ni untuk orang yang ada transportation sahaja lah.
Kerja jadi home tutor boleh dapat RM50 setiap satu jam atau satu class
Kerja kat tuition centre biasa rate dia dalam RM25 untuk sejam
Ajar mengaji untuk kanak2 RM9
Dewasa aku tak tahu.

Macam mana nak apply?
Buat resume, hantar ke centre.
Ataupun iklan.
Ataupun guna agent. (yang ni sgt aku tak sarankan sebab kau nak dpt kn class perlu byr dea 50% commission untuk sebulan) so contoh lah kalau kau dapat RM500, sebulan kau kena bagi dea RM200 --' contoh yang guna system ni cuba check web ni www.hometuition.com 

Kalau yang okay sikit , web kt bawah ni memang okay , takde commission -dpt gaji bersih

www.islamicgeniushometuition.com 

Kalau aku, aku tak berapa suka guna commission sebab macam mana kalau kita kerja sebulan je? untung tak banyak :( :( lepas tu 50% pulak tu memang cekik darah . Tapi kalau yang nak mencuba tu silakan lah yeee

8) Outside Promoter

Kerja ni aku tak pernah lagi buat. Haha. Kadang dorang mintak promoter untuk sehari dua je so sgt sesuai untuk pelajar. Sehari range boleh dapat dalam RM50 to RM100 + so pandai pandai dan rajin rajin lah tengok iklan yee.

9) Delivery

Ini semua tips untuk mencari duit. Jangan tanya aku lebih2 sebab aku pun usaha sendiri . Jangan tanya aku untuk bagi kerja sebab aku pun usaha. Siapa usaha, Allah akan tolong ;') harap post ini membantu anda di luar sana


Lagi satu, kalau boleh jangan terjebak dlm MLM ni ye. Macam.... aku malas nak cakap tapi aku tgok student sekarang nak FAST MONEY sahaja so ada phytoscience, score A, tune talk tone excel, apa lagi?

Serious aku anti-semua tu dan tak makan dengan janji2 dorang tu.. sistem business adalah pyramid, dan bila memang sah2 tu MLM, dorang akan ckp bukan bukan lah blah blah blah dengan pelbagai hujah sorry to say aku tak makan dengan semua tu.

Good luck job hunters <3 p="">
XOXO.



Comments

Popular posts from this blog

Hubby's victory night: Majlis Makan Malam Regimental Sempena Pentauliahan Diraja Palapes Darat kali ke 34

Respect begets respect ~

Tips masuk UIA