Kisah Motor Buruk

Ini satu kisah...

Tentang sebuah motor yang telah dimamah usia.. Sebuah motor kepunyaan suami ku.. Sebuah motor buruk.. Meskipun motor tu buruk, aku hanya ingin menaiki motor itu sahaja :')

Motor suami aku memang buruk. Jangka hayat dalam 16 tahun. Beli motor terpakai. Seingat aku, dalam satu semester dalam UIA, dah beberapa kali motor suami aku rosak.

Memang burukkk gila *emphasis on the gila* HAHAHA --'

Tempat duduk koyak yang rabak. Cermin speedometer habis pecah (salah aku jugak, buat dea stress waktu tu :'/) Speedometer tak boleh dibaca, rosak.

Sekarang pulak, motor suami ada dah macam nak tamat riwayat pun ada. Lampu motor dah tak ada. Malam malam kalau bawak bahaya :( Rantai motor pulak buat hal ala ala manja asyik nak terkeluar je. Memang bahaya kalau bawak!

Suami aku pernah cakap 'Motor i nie kalau dah masuk PUSPAKOM (agaknya kot, tak ingat sangat), dah kena hapus dah... Dah tak selamat bawak...'

Motor buruk itu lah satu-satu harta yang suami aku ada.
Motor buruk itu lah yang banyak berjasa kepada aku.
Motor buruk itu lah yang digunakan untuk berjuang mencari sesuap nasi.

Sebelum kahwin dengan aku, suami aku cuma ada motor buruk tu je. Duit tak banyak, rumah lagi lah jangan harap, sekarang pun duduk asing lagi. Heh.

Aku motor buruk tu lah yang aku sayang.

Kenapa? Sebab suami aku bukan orang yang kaya.
Tapi satu yang aku respect dengan dia. Suami aku guna motor dia untuk jana pendapatan . Dia buat kerja delivery . Hantar and ambil buku yang photocopy . Setiap malam dia akan kerja. Ronda setiap pelusuk UIA ni bagi buku dan ambil bayaran kat orang.

Gaji minggu. Aku ingat lagi, satu hari tu, dia dapat gaji dalam 20 ringgit, tak silap. Terus dia belikan chocolate kesayangan aku :') walaupun gaji dia tu tak seberapa.

Kalau aku nak makan sedap-sedap, suami aku bawak naik motor dia
Kalau aku nak shopping, suami aku bawak naik motor dia
Kalau nak ada kerja tuition, suami aku hantar.

Suami aku tak berkira pasal minyak. Baik sangat :') walaupun duit dea tak ada, tetap dea bawak aku naik motor dea.

Sekarang motor tu aku tak lama lagi ke tak dea boleh hidup :( Aku sayang motor tu..
Tapi aku lebih sayang pemilik motor tu hehehe muahh sikittt

Sekarang tgh waktu short semester.. Jadi laki aku kerja 8 jam .. Tak dapat hantar aku ke pusat tuisyen. Kena cara means lain, contohnya... transport kena menampung. dan sekarang, aku dapat rasakan rindu teramat pada motorsikal berwarna oren itu :'( Banyak jasa motor tu dekat aku.

Moral of the day:

Hargailah apa yang kita ada walaupun nampak macam kecil je anugerah tu. Macam kisah motor buruk suami aku.

Hopefully titik peluh suami aku berbaloi. Save untuk kereta pulakz. :DD

Gambar Hiasan ~ Exactly like my husband's :')


Comments

Popular posts from this blog

Hubby's victory night: Majlis Makan Malam Regimental Sempena Pentauliahan Diraja Palapes Darat kali ke 34

Respect begets respect ~

Tips masuk UIA