Tentang ujian

Tak dinafikan setiap orang ada ujian sendiri. 

Ujian yang berbeza-beza. 

Malah ada juga yang diuji dengan kebaikan (banyak duit) & yang lain pula diuji dengan keburukan (sakit)
 
Apa yang aku nak cerita.. Biar diabadikan di sini. Sebab hati sangat sakit. Aku buntu dengan ujian sendiri,

Siapa sangka seorang bapa boleh balas dendam dan buat macam ni pada anak sendiri?

Jarang orang tahu kisah aku.. yang mungkin terbelit-belit. Orang nampak mcm ok tp hakikatnya semua yang berlaku sekarang tak ada satu pun yang okay... Aku ngaku yang aku memang tak kuat nak harungi ujian ni.

Aku kena bayar RM110k kepada jabatan pendidikan/kerajaan (TIDAK DINAMAKAN). 

Bayangkan kau kena bayar gantirugi RM110K. Atas sebab apa? Sebab perasan dendam seorang manusia. 

Mana aku nak cari duit? Aku dibiayai kurang dari RM110k, malah kalau nak kira.. RM20K sahaja untuk dua tahun sepanjang aku belajar . 

Sakit sangat hati. Do i deserve this? Am I the bad person here? Satu per satu ujian mendatang. Aku tak tahu aku kuat untuk menghadapi semua ini...

Selalu tak, korang rasa yang korang nak hidup dalam hidup orang lain? just coz your life is too heartbreaking... 

Sungguh aku pasrah. 

Comments

Popular posts from this blog

Hubby's victory night: Majlis Makan Malam Regimental Sempena Pentauliahan Diraja Palapes Darat kali ke 34

Respect begets respect ~

Tips masuk UIA