Kenapa perlu dan tidak perlu kahwin awal?

Kenapa kenapa dan kenapa?
Kahwin muda zaman sekarang sudah pun kembali menjadi trend yang sangat hot. Yelah, semua orang nk kahwin. Tak ada siapa nk hidup sorang kan? :)

Aku ni tkde lh muda sangat kahwin 21 tahun je tapi dari dulu memang impian aku nk kahwin awal sejak aku jejak kn kaki dalam UIA, Taman Ilmu & Budi. Entah kenapa, mungkin tengok orang lain kahwin best kot:)

So.. Apa sebabnya perlu berkahwin awal?

1) MENJAGA HATI

Ini sebab utama kenapa aku berkahwin. Number one on my list is to protect my heart from sins.
Bank dosa bertimbun dan asyik bertimbun asyik nak masuk je. Keluar tak nak pulak.

Dunia akhir zaman ni banyak maksiat :( Aku takot anak aku nanti macam mana. Tengok lah dalam t.v. pun, even in Malaysia, romance and sex everywhere! Malaysia ni kira okay lagi lah negeri Islam, tapi kalau dah kenyit kenyit mata, berangan tiap malam bukan dosa ke? Zina hati kan.

Setiap orang ada nafsu. Even aku yang belajar agama ni pun susah nk kawal nafsu, macam mana?


So.. kalau rasa tak boleh sangat nk jaga hati tu, nikahlah. Dari buat dosa, baik buat pahala, tk gitu? Hehe. *nakal*

2) Cinta cinta dan cinta

Aku sangat sangat cintakan suami aku. Aku bercinta dengan dea hanya beberapa bulan je . Sebelum tu dengan budak lain selama 4 tahun . Bercinta dengan orang lain, Berkahwin dengan orang lain . Dah nama pun Jodoh kaaan.

Disebabkan sayang dan cinta lah aku kahwin dengan dea. Kalau dah sayang tu, tak kan nk heret orang yang kita sayang masuk neraka jugak kn dengan kita? Ataupun kalau hati korang kuat, tinggalkan lah dea buat seketika. Bila dah sampai masa, baru lah nikah.

Tetapi.. Ya Allah perit betol bila fikir nk pisah dengan dea. Kadang kadang kita rasa benda tu salah, macam contoh bila aku couple dengan J selama 4 tahun, aku ada rasa menyesal dan selalu mintak putus.. Tetapi dea tu macam tak faham bila aku cakap tak nak buat dosa.

Aku pun ada berdoa jugak setiap malam, supaya Allah percepatkan jodoh selama setahun masuk UIA. Tup Tup Allah bagi. Alhamdulillah sangat:) 


3) Ubah Diri

Bagi siapa yang kenal aku ni confirm akan describe aku sebagai seorang yang degil, hyperactive, macam budak budak, terlebih manja, pemarah,dan banyak lagi.

Sekarang ni sikit sikit lah aku ubah diri, doakan terus istiqamah ye:)

They say "divorce a part of yourself when you get married"
Memang betol pun. 
Kita tak boleh lah  nk ikut kepala sendiri kan? Bukan dunia kita je . Kita dah ada partner.
So kena lah faham, bertoleransi, dan ubah sikap yang buruk tu to make your marriage work.

Tetapi aku ni degil macam batu jugak. Kesian kt suami.
Nasib dea seorang yang penyabar. Gua memang salute:)



Tetapi... 
Kenapa tak perlu kahwin awal?

1) Ekonomi

Kalau ekonomi tu tak stabil lagi bagi yang lelaki tambah pula dengan mak mertua yang mintak macam macam, hold on dulu lah ye . Yelah parents nk buat wedding yang grand, ada yang parents ada specific criteria yang mereka nak , so depends pada individu jugak . 
Majlis + Masjid lagi = Duit duit and duit

Bak kata hubby "Money is everything" Memang betol pun. Semua nk pakai duit. 
Dan memang betol pun bila kita miskin dan nikah, Allah akan tambahkan rezeki . Tetapi rezeki tu tak datang bergolek ye, kena lah carik ok! Dan rezeki tu tak semestinya dalam bentuk duit:)

Yang lelaki tolong kumpul duit dari sekarang.
Yang perempuan jangan nak jual diri mahal sangat, Ingat, Mahar yang murah itu lah mahar yang paling diberkati. 

Memang kita kahwin sekali je seumur hidup, tetapi tak perlulah membazir. Jangan fikir dunia. Fikir akhirat. Bak kata Dr. Hariyati, People who are able to delay gratification have greater brain activity in the pre-frontal cortex than others. Tengok! Nak jadi pandai tak? Then, delay gratification.

2) Tentangan Keluarga

Mostly parents akan bagi reason tak boleh kahwin awal sebab tak matang lagi, ekonomi tak stabil dan masih dalam pengajian. 
Jadi kena lah pandai-pandai pujuk yang parents tu ye

Kalau mak bapak kata ekonomi tak stabil, boleh lah cuba nikah khitbah atau dipanggil nikah gantung.
Nikah gantung ni sesuai untuk student university.

Suami isteri boleh dating sama sama. Tidak boleh duduk sebumbung. Suami pula tidak wajib memberi nafkah untuk isteri kerana isteri masih di bawah tanggungan bapa. Kira gantung lah tu kan.

Yang tk bestnya tidak boleh bersetubuh. Yang ni aku pun tk tahu lah macam mana orang yang nikah khitbah ni boleh survive?Kalau aku lah kan dah lama meroyan. Haha. Yelah dah sah tapi tk boleh. Tak dapat lah merasa syurga dunia.

Kalau parents tak convince jugak boleh bawak ustadz. Kalau tak menjadi jugak, teruskan berdoa dan berpuasa lah menahan nafsu.

3) Pelajaran

Ada jenis orang ni bila bercinta, dea akan lupa benda lain . Kentut pun bau wangi . Dunia luar tak dihiraukan dah . Yang dalam kepala hotak tu hanya kekasihnya . Case macam ni baru couple dah lupa pelajaran baik tak payah. Focus dulu pada pelajaran. Especially yang bercita- cita tinggi  . Bila dah terikat, memang tak boleh lah dileraikan ikatan itu.


Married life is not easy. It needs a lot of hard work and effort by the husband & the wife. Memang akan ada banyak cabaran. So jangan fikir nikah tu best je. With sugar, comes salt okay :) 

Toodles.



Comments

Popular posts from this blog

Hubby's victory night: Majlis Makan Malam Regimental Sempena Pentauliahan Diraja Palapes Darat kali ke 34

Respect begets respect ~

Tips masuk UIA